fb fb fb fb fb

Denmark latih tentera Ukraine

(Gambar yang diambil pada 13 September 2022 menunjukkan sebuah bangunan kediaman musnah akibat
serangan peluru berpandu di Kharkiv, di tengah-tengah pencerobohan Rusia ke atas Ukraine/Foto AFP)

COPENHAGEN, 14 September- Denmark akan melatih askar Ukraine di wilayahnya, sebagai bentuk sokongan kepada tentera Kiev menentang pencerobohan Rusia.

Program itu dilihat sama seperti di Britain yang telah memulakan latihan merekrut hingga 10,000 tentera Ukraine tidak berpengalaman, sejak Julai.

"Akan ada latihan di Denmark. Saya tidak boleh memberikan butiran lanjut tetapi tentera Ukraine akan menjalani latihan di Denmark," kata Menteri Pertahanan Denmark, Morten Bodskov.

Beliau menyatakan demikian kepada agensi berita Denmark Ritzau, semasa lawatan ke Kiev.

Bulan lalu, Persidangan Penderma Ukraine, di sini yang dihadiri 26 negara menjanjikan AS$1.5 bilion lagi bantuan untuk latihan dan peralatan bagi tentera Kiev.

(Presiden Ukraine, Volodymyr Zelensky (kiri) ketika pertemuan bersama Menteri Pertahanan Denmark, Morten Bodskov (kanan)/Foto AFP)

Dalam pada itu, beberapa hari kebelakangan ini, Ukraine mendakwa telah berjaya menawan semula beberapa wilayahnya.

Ia termasuk berpuluh kawasan di timur laut dalam serangan balas pantas terhadap tentera Rusia.-AFP

Media Baharu