fb fb fb fb fb

“Dunia dalam bahaya” semua pemimpin perlu sepakat - PBB

(Bendera negara di pintu masuk pejabat PBB di Geneva diturunkan sebagai penghormatan
kemangkatan Ratu Elizabeth II pada 8 September 2022, ketika berusia 96 tahun/AFP)

NEW YORK, 14 September- Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB) Antonio Guterres menggesa komuniti antarabangsa bersolidariti dan bekerjasama menangani “dunia dalam bahaya” ketika sesi pembukaan Perhimpunan Agung PBB ke-77.

“Kita berdepan dunia dalam bahaya merangkumi ke semua tugas atau kerja untuk mengekalkan keamanan, hak asasi manusia dan pembangunan mampan, kata Guterres, merujuk konflik dan perubahan iklim, sistem kewangan global yang rosak,” kemiskinan, ketidaksamaan, kekurangan makanan dan perpecahan.

“Menangani cabaran bersama memerlukan solidariti berterusan selaras usaha kita kerana kita perlu menunjukkan janji dan potensi besar organisasi ini," katanya menjelang permulaan acara peringkat tinggi Perhimpunan Agung itu.


(Setiausaha Agung PBB, Antonio Guterres/fail AFP)

Minggu depan, puluhan ketua-ketua negara dan kerajaan dari seluruh dunia akan berucap secara bergilir-gilir pada Perhimpunan Agung PBB itu.

Bagaimanapun, belum ada maklumat mengenai perubahan jadual menjelang upacara pengebumian Ratu Elizabeth II yang dijadualkan Isnin depan, dijangka dihadiri ramai pemimpin dunia.

Sidang kemuncak berkaitan pendidikan dijadualkan berlangsung Isnin ini, menyaksikan 90 pemimpin sebelum ini telah mengesahkan kehadiran mereka, akan diteruskan.

Menurut jurucakap Guterres, ketua pertubuhan dunia itu dijadual tidak akan ke London untuk menghadiri majlis persemadian Ratu Elizabeth II. -AFP

Media Baharu