fb fb fb fb fb

AS rekod kematian kedua cacar monyet

(Tabung uji berlabel "Virus monkeypox positif" dilihat dalam
ilustrasi yang diambil pada 22 Mei 2022/Foto fail REUTERS)

WASHINGTON, 14 September- Amerika Syarikat (AS) merekodkan kematian kedua akibat cacar monyet, pada Selasa, meski ketika kes terus menurun di seluruh negara.

Kematian baharu itu melibatkan seorang penduduk dari Los Angeles County yang mengalami masalah imuniti teruk sehingga dimasukkan ke hospital, menurut kenyataan oleh Jabatan Kesihatan Tempatan.

Bagaimanapun, butiran lanjut kes berkenaan tidak didedahkan.

"Mereka yang mengalami gangguan imun teruk dan mengesyaki telah dijangkiti cacar monyet digalakkan untuk mendapatkan rawatan," kata kenyataan itu.

(Gambar elektron mikrograf edaran Institut Alahan dan Penyakit Berjangkit Kebangsaan (NIAID) menunjukkan
zarah cacar monyet (hijau) yang ditemui dalam sel yang sudah dijangkiti (merah jambu dan ungu)/Foto fail AFP)

Kematian pertama dikaitkan dengan virus berkenaan berlaku di Texas, dilaporkan pada 30 Ogos lalu.

Mangsa dikatakan mengalami gangguan imun yang teruk dan kes itu sedang disiasat bagi menentukan peranan cacar monyet dalam kematian mangsa.

Sejak penularan wabak tersebut, Mei lalu, sejumlah 22,000 kes cacar monyet dicatatkan di Amerika Syarikat.

Angka itu mula menurun pada pertengahan Ogos, selepas pihak berkuasa mengedarkan ratusan ribu dos vaksin.-AFP

Media Baharu