fb fb fb fb fb

Delegasi Iran akan ke IAEA runding perjanjian nuklear

(Hossein Amirabdollahian bercakap semasa sidang akhbar di
Ankara, Turki 27 Jun 2022/REUTERS)

TEHRAN, 3 November- Satu delegasi Iran akan ke Vienna untuk berbincang dengan pegawai pemerhati nuklear Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB), kata Menteri Luar Hossein Amir-Abdollahian ketika rundingan untuk memulihkan perjanjian nuklear 2015 masih terhenti.

Iran akan menghantar delegasi "dalam beberapa hari akan datang untuk memulakan perbincangan dan mengukuhkan kerjasama dengan Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA)", kata Amir-Abdollahian kepada pemberita di sini.

Beliau bagaimanapun tidak memberikan butiran mengenai komposisi delegasi atau tarikh tepat perbincangan.

Badan pemantau PBB telah mendesak Iran supaya menjrlasjan mengenai kehadiran bahan nuklear di tiga tapak yang tidak diisytiharkan, satu perkara penting yang membawa kepada resolusi yang mengkritik Iran diluluskan dalam mesyuarat lembaga pengelola IAEA pada Jun.

Amir-Abdollahian menyatakan harapan bahawa IAEA akan dapat menyelesaikan "tuduhan" yang dilemparkan terhadap Iran, dan bahawa "kita akan dapat melalui peringkat ini melalui kerjasama teknikal".

Iran berkali-kali berkata ia mahu IAEA menggugurkan tumpuannya terhadap tiga tapak itu kerana kedudukan yang dikatakan badan pemerhati nuklear tidak mempunyai kredibiliti.

Selepas pergeseran berlanjutan selama berbulan-bulan, kedua-dua pihak bertemu secara bersemuka di Vienna pada bulan September.

"Dialog telah dimulakan semula dengan Iran mengenai penjelasan mengenai isu perlindungan tertunggak," twit Ketua Pengarah IAEA, Rafael Grossi pada masa itu, sambil menambah bahawa beliau telah bertemu dengan ketua organisasi nuklear Iran, Mohammed Eslami.

Rundingan yang sering terencat antara Tehran dengan kuasa dunia telah dijalankan sejak April tahun lalu bagi memulihkan perjanjian nuklear 2015, yang memberi Iran sedikit kelonggaran sekatan yang amat diperlukan sebagai balasan untuk mengekang program atomnya.

Perjanjian Vienna "tergantung" sejak bekas Presiden AS, Donald Trump menarik diri pada 2018, dan Iran kemudiannya mula berundur daripada komitmennya sendiri.

"Pertukaran mesej" melalui ketua dasar luar Kesatuan Eropah, Josep Borrell sedang dilakukan "mengenai jadual baharu rundingan Vienna", kata Amir-Abdollahian.

EU pada Ogos menyerahkan draf akhir teks yang diubah suai untuk perjanjian itu, tetapi isu utama kekal antara Tehran dengan Washington, serta badan pemerhati nuklear PBB. - AFP

(Palais Coburg lokasi rundingan nuklear tertutup dengan Iran berlangsung di Vienna,
 4 Ogos 2022/REUTERS)

Iran berkali-kali berkata ia mahu IAEA menggugurkan tumpuannya terhadap tiga tapak itu kerana kedudukan yang dikatakan badan pemerhati nuklear tidak mempunyai kredibiliti.

Selepas pergeseran berlanjutan selama berbulan-bulan, kedua-dua pihak bertemu secara bersemuka di Vienna pada bulan September.

"Dialog telah dimulakan semula dengan Iran mengenai penjelasan mengenai isu perlindungan tertunggak," twit Ketua Pengarah IAEA, Rafael Grossi pada masa itu, sambil menambah bahawa beliau telah bertemu dengan ketua organisasi nuklear Iran, Mohammed Eslami.

Rundingan yang sering terencat antara Tehran dengan kuasa dunia telah dijalankan sejak April tahun lalu bagi memulihkan perjanjian nuklear 2015, yang memberi Iran sedikit kelonggaran sekatan yang amat diperlukan sebagai balasan untuk mengekang program atomnya.

Perjanjian Vienna "tergantung" sejak bekas Presiden AS, Donald Trump menarik diri pada 2018, dan Iran kemudiannya mula berundur daripada komitmennya sendiri.

"Pertukaran mesej" melalui ketua dasar luar Kesatuan Eropah, Josep Borrell sedang dilakukan "mengenai jadual baharu rundingan Vienna", kata Amir-Abdollahian.

EU pada Ogos menyerahkan draf akhir teks yang diubah suai untuk perjanjian itu, tetapi isu utama kekal antara Tehran dengan Washington, serta badan pemerhati nuklear PBB. -AFP

Media Baharu