fb fb fb fb fb

WHO beri amaran risiko penyebaran Ebola di Uganda, seru negara jiran tingkat kesiapsiagaan

(Foto diambil pada 27 Oktober 2022 menunjukkan doktor dan jururawat, bekerja di pusat
pengasingan menghadiri taklimat di hospital rujukan Mubende, Mubende, Uganda/Foto AFP)

GENEVA, 3 November- Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) pada Rabu memberi amaran terhadap risiko penyebaran wabak Ebola di Uganda.

Situasi berkenaan menyerlahkan risiko penyebaran virus maut itu dan menyeru negara jiran meningkatan kesiapsiagaan mereka.

Ketua Pengarah WHO, Tedros Adhanom Ghebreyesus berkata sejak Kementerian Kesihatan Uganda pertama kali mengisytiharkan wabak pada 20 September lepas, lebih 150 kes disahkan.

Ini termasuk 64 kematian.

Tambahnya, sejak penyakit maut itu merebak ke Kampala minggu lalu, 17 kes telah disahkan.

"Walaupun kes ini dikaitkan dengan kluster yang diketahui, hakikat bahawa terdapat kes di bandar yang padat penduduk menggariskan risiko sebenar penularan selanjutnya," kata Tedros kepada pemberita di ibu pejabat WHO, di sini.

(Tedros Adhanom Ghebreyesus/Foto AFP)

Terdapat "keperluan yang sangat mendesak untuk meningkatkan kesediaan di daerah dan negara sekitar," tambahnya memberi amaran.

Tedros turut memaklumkan WHO menyalurkan AS$5.7 juta daripada dana luar jangka untuk kecemasan, tambahan kepada AS$5 juta yang disumbang sebelum ini untuk menangani krisis kesihatan di Uganda.-AFP

Media Baharu