fb fb fb fb fb

Datuk Bandar Kiev memohon lebih banyak senjata di sidang kemuncak NATO

Foto Reuters

MADRID 29 Jun - Datuk Bandar Keiv, Vitali Klitschko pada Selasa dalam sidang kemuncak perikatan di Madrid, menggesa NATO untuk "mempercepatkan" penghantaran senjata ke Ukraine bagi membantu menangkis serangan Rusia.

"Ukraine telah menunggu terlalu lama untuk negara Barat menyediakan senjata pertahanan yang mencukupi untuk membantu negara itu dalam perjuangannya menentang Rusia," kata datuk bandar Kyiv, Vitali Klitschko.


(Datuk Bandar Kyiv Vitali Klitschko/Foto fail)

"Kami menjangkakan ia akan mempercepatkan senjata ke Ukraine, dan terus menyokong Ukraine," katanya kepada pemberita apabila ditanya apa yang Ukraine boleh jangkakan daripada perhimpunan itu.

"Kami memerlukan sistem antiroket. Kami melihat bahawa setiap hari roket Rusia memusnahkan bandar kami, membunuh orang awam, memusnahkan infrastruktur," tambahnya.

Klitschko, juara tinju 'heavyweight' dunia yang nama samarannya "Dr Ironfist", berkata "sokongan untuk Ukraine adalah kunci untuk mengembalikan keamanan di Eropah".

Lebih 40 pemimpin dunia, termasuk Presiden AS Joe Biden, rakan sejawatannya dari Perancis Emmanuel Macron dan Perdana Menteri Britain Boris Johnson, berada di Madrid untuk pertemuan itu.

Pencerobohan Rusia ke atas Ukraine akan mendominasi rundingan yang berakhir pada Khamis. -AFP

Media Baharu