fb fb fb fb fb

Cuaca panas, warga Bangladesh adakan solat hajat

Foto AFP

DHAKA, 24 April- Ribuan umat Islam Bangladesh mengadakan solat hajat bagi memohon hujan di tengah-tengah gelombang panas yang dijangka berlaku sehingga seminggu lagi.

Solat hajat itu dilakukan di beberapa kawasan di negara tersebut.

Biro cuaca Bangladesh mendapati perubahan iklim menyebabkan gelombang haba menjadi lebih lama.

"Purata suhu maksimum di ibu kota Dhaka sepanjang minggu lalu adalah sekitar 4 hingga 5 darjah Celsius, lebih tinggi daripada purata 30 tahun untuk tempoh yang sama.

"Suhu di seluruh Bangladesh telah mencecah lebih daripada 42 darjah Celsius pada minggu lalu," menurut kenyataan tersebut.

Terdahulu, pihak berkuasa Bangladesh telah mengarahkan semua sekolah ditutup sehingga akhir bulan ini disebabkan cuaca panas itu. - AFP

NIZAHA BINTI ABDUL KAREM