fb fb fb fb fb

COVID-19 varian Omicron, England tarik balik sekatan

LONDON, 22 Januari - Sekatan susulan penularan COVID-19 varian Omicron yang dilaksanakan di England, bakal ditarik balik.

Ia berikutan data menunjukkan jangkitan akibat varian berkenaan sudah mencapai tahap maksimum dan kembali kepada trend menurun di UK.

Perdana Menteri Britain, Boris Johnson, memberitahu Parlimen, kempen suntikan penggalak memungkinkan perubahan tersebut berlaku.

Kehadiran ke pejabat akan dibenarkan bermula minggu hadapan.

Selain itu, pemakaian pelitup muka juga tidak diwajibkan manakala pas COVID-19 tidak lagi diperlukan untuk memasuki premis.

Jelas beliau, lebih 36 juta dos penggalak sudah diberi, dengan lebih 90% penduduk berusia 60 tahun telah menerima suntikan ketiga.

Johnson berkata saintis UK percaya kemungkinan gelombang Omicron sekarang sudah memuncak namun mengingatkan bahawa pandemik COVID-19 belum lagi berakhir.

Media Baharu