DELHI, 22 Januari - Cadangan kerajaan untuk menamatkan perintah berkurung di ibu negara India ditolak.
Keputusan dibuat Gabenor Delhi, Anil Baijal.
Cadangan itu tidak diterima memandangkan kes COVID-19 masih tinggi biarpun ada menunjukkan penurunan.
Baijal bagaimanapun setuju melonggarkan sekatan.
Ini termasuk membolehkan pejabat swasta kembali beroperasi dengan kapasati maksimum 50%.
Menurut beliau, sekatan lain kekal sehingga situasi lebih baik dicatatkan.
Delhi pada Khamis merekodkan 12,306 kes COVID-19 baharu dan 43 kematian.