fb fb fb fb fb

COVID-19: Hong Kong akan lupuskan 'hamster'

HONG KONG, 22 Januari - Gara-gara 'hamster' atau tikus belanda yang dilaporkan boleh menyebarkan COVID-19, pihak berkuasa Hong Kong terpaksa berdepan dengan pencinta haiwan peliharaan tersebut.

Pihak berkuasa mengarahkan pemilik haiwan berkenaan supaya menyerahkan 'hamster' mereka untuk dimusnahkan bagi membendung jangkitan COVID-19

Dalam laporan akbar tempatan, ia berlaku selasa lalu apabila seorang pekerja sebuah kedai haiwan peliharaan didapati positif termasuk 11 'hamster' di bawah jagaannya

Situasi tersebut menggusarkan pihak berkuasa dan mengarahkan lebih 2 ribu hamster dihapuskan.

Walaubagaimanpun, peminat haiwan tersebut mengingkari arahan kerajaan termasuk campur tangan Jabatan Pertanian, Perikanan dan Pemuliharaan (AFCD) yang juga komited menyelamatkan haiwan itu termasuk menggunakan undang-undang jika perlu.

Rata-rata turut menyifatkan pemimpin Hong Kong, Carrie Lam, sebagai tidak rasional.

Kerajaan memaklumkan, haiwan comel itu akan dilupuskan dengan penuh perikemanusiaan dan menggesa semua sektor masyarakat untuk bekerjasama memerangi penyebaran COVID-19.

Di seluruh dunia, terdapat kes COVID-19 dalam kalangan pelbagai haiwan termasuk anjing dan kucing, walaupun saintis mengatakan tiada bukti haiwan berperanan utama dalam menyebarkan jangkitan kepada manusia.

Media Baharu