fb fb fb fb fb

COVID-19: Seoul longgar sekatan terhadap pelancong dari China

(FOTO FAIL AFP)

SEOUL, 22 Februari - Korea Selatan menarik balik syarat bagi pelancong dari China untuk mengambil ujian PCR selepas ketibaan mereka di negara itu, mulai bulan depan.

Keputusan itu dibuat memandangkan situasi COVID-19 kekal stabil.

Menurut pegawai kanan kementerian dalam negeri,walaupun keperluan ujian selepas ketibaan akan ditarik balik pada 1 Mac, keperluan ujian pra-ketibaan kekal sehingga 10 Mac untuk memantau kesan sekatan yang dilonggarkan.

(FOTO FAIL AFP)

Sejak awal Januari, Korea Selatan mewajibkan pelancong dari China untuk menunjukkan keputusan ujian COVID-19 negatif sebelum menaiki penerbangan dan mengambil ujian PCR tambahan pada hari pertama di negara itu.

Langkah tersebut diambil berikutan lonjakan jangkitan COVID-19 di China.

Korea Selatan menarik balik sekatan demi sekatan selepas keadaan di republik itu kembali stabil.-AFP

Media Baharu