fb fb fb fb fb

Iran hargai kerjasama dengan IAEA mengenai isu nuklear

(FOTO REUTERS)

TEHRAN, 22 Februari - Iran menghargai kerjasamanya dengan Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA) dan komited terhadap Perjanjian Pengawalan Senjata Nuklear.

Jurucakap Kementerian Luar Iran, Nasser Kanaani berharap IAEA akan bertindak secara profesional ke arah aktiviti nuklear aman dan kekal komited kepada prinsip dan rangka kerja melaksanakan kerjasama profesional dan pakar.

(FOTO REUTERS)

"Menjalankan kerjasama profesional dengan IAEA kekal sebagai prinsip penting bagi Iran untuk mengekalkan hubungan dan mengeratkan kerjasama dengan agensi itu," kata Kanaani.

Kanaani turut menafikan dakwaan bahawa Iran telah meningkatkan aktiviti penguraian uranium kepada 84 peratus.

Sebaliknya menegaskan, kegiatan penguraian uranium tidak pernah melebihi ketulenan 60 peratus.-REUTERS

Media Baharu