fb fb fb fb fb

COP27, Biden berikrar bantu dunia tangani krisis iklim

WASHINGTON, 29 Oktober- Presiden Amerika Syarikat (AS), Joe Biden berikrar akan memperjuang keperluan dunia dalam menangani krisis iklim global.

Menurut kenyataan dikeluarkan Rumah Putih, Biden akan menghadiri menghadiri sidang kemuncak iklim Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu COP27, bulan depan yang berlangsung di Mesir.

Persidangan COP27 sekali lagi akan berusaha untuk meningkatkan usaha global untuk memperlahankan krisis iklim yang membawa kepada bencana alam, kebakaran hutan dan ribut yang teruk.

Biden akan memperjuang iklim global dan membantu mereka yang paling terdedah selain membina daya tahan terhadap kesan iklim dan turut menekankan keperluan dunia bertindak dalam dekad yang menentukan ini," kata Rumah Putih dalam satu kenyataan.

Mesir dipilih sebagai tuan rumah Persidangan Pihak ke-27 Konvensyen Rangka Kerja PBB mengenai perubahan iklim yang bakal berlangsung di bandar peranginan Laut Merah, Sharm el-Sheikh.

Biden akan berada pada sidang kemuncak pada 11 November, sebelum menuju ke Kemboja untuk sidang kemuncak tahunan AS-ASEAN dan kemudian ke Indonesia untuk sidang kemuncak G20.

"Beliau akan bekerjasama dengan rakan kongsi G20 untuk menangani cabaran utama seperti perubahan iklim, kesan global perang (Presiden Vladimir) Putin ke atas Ukraine, termasuk ke atas tenaga dan keselamatan makanan serta pelbagai keutamaan lain yang penting untuk pemulihan ekonomi global," tambah kenyataan yang dikeluarkan Rumah Putih.-AFP


(Presiden Amerika Syarikat, Joe Biden/AFP)

Media Baharu