fb fb fb fb fb

6 kanak-kanak terbunuh di Oklahoma

(Foto hiasan)

HOUSTON, 29 Oktober- Enam kanak-kanak, berumur satu hingga 13 tahun, terbunuh dalam satu kejadian pembunuhan dan bunuh diri pada Khamis di sebuah rumah di Broken Arrow, selatan negeri Oklahoma tengah Amerika Syarikat (AS), kata pihak berkuasa Jumaat.

Dua suspek dewasa ditemui mati di rumah tersebut, memetik laporan Xinhua, Ketua Polis Broken Arrow, Brandon Berryhill berkata telah menjumpai senjata di rumah tersebut, jelasnya pada sidang akhbar.

Kru bomba telah memadam kebakaran di bahagian belakang rumah tersebut dan ia berjaya dipadamkan dalam masa beberapa minit. Beberapa mayat ditemui dalam kejadian pada Khamis itu, kata Moore.

“Pada masa ini kami tidak percaya mana-mana mangsa maut akibat kebakaran, bagaimanapun penentuan muktamad punca kematian akan dibuat oleh pegawai perubatan,” kata Ketua Bomba Broken Arrow, Jeremy Moore.

Broken Arrow sebuah bandar yang terletak kira-kira 15 batu tenggara dari pusat bandar Tulsa dan merupakan bandar kedua terbesar di Oklahoma.- BERNAMA


(Pasukan bomba melakukan pemeriksaan di sebuah rumah di Broken Arrow)

Media Baharu