CHINA, 18 Julai - Stesen kereta api di seluruh bandar barat daya China Chongqing, menyediakan 127 pusat perlindungan 'penyejukan' yang membolehkan penduduk mendapatkan perlindungan di dalam bangunan berhawa dingin, lapor penyiar CCTV negeri.
Ia sebagai langkah negara itu menyediakan tempat selesa ketika dilanda musim panas melampau
Kebanyakan tempat perlindungan dilengkapi dengan penghawa dingin, air percuma, dan ubat-ubatan untuk memerangi strok haba, kata CCTV.
Menurut laporan cuaca tempatan, suhu di Chongqing mencecah 37 darjah Celsius (98.6 Fahrenheit) dalam beberapa hari kebelakangan ini.
Keadaan itu dijangka meningkat sehingga beberapa minggu akan datang.
(FOTO REUTERS)
Rakaman CCTV menunjukkan pekerja di stesen kereta api melakukan penyelenggaraan di landasan kereta api dan talian elektrik sebagai persediaan menghadapi peningkatan suhu.
Tahun lalu, Chongqing dilanda kemarau melampau, menyebabkan kebakaran hutan dan empangan hidroelektrik yang teruk. - REUTERS