fb fb fb fb fb

Penduduk terjejas banjir di Fuzhou diselamatkan

CHINA, 18 Julai - Operasi mencari dan menyelamat (SAR) sedang dijalankan di kawasan-kawasan yang ditenggelami air akibat banjir, di wilayah Fujian selatan China.

Rakaman dari Jabatan Bomba Fuzhou menunjukkan penduduk terjejas banjir dibawa keluar dari kawasan yang dinaiki air, menurut Biro Meteorologi Fujian.

Taufan Talim menyebabkan hujan lebat dan banjir di selatan China.

Reuters mengesahkan lokasi video itu ialah di Fuzhou, wilayah Fujian, China.

Taufan Malim melanda wilayah Guangdong yang membawa kepada ribut tropika.

Menurut Pentadbiran Meteorologi China, taufan itu dijangka akan bergerak ke utara Vietnam. - REUTERS

(FOTO REUTERS)

Media Baharu