fb fb fb fb fb

Musim panas Eropah tarik pelancong pilih ke negara sejuk

ITALI, 18 Julai - Lebih ramai pelancong memilih untuk ke kawasan yang lebih sejuk atau bercuti pada musim cuti bunga bagi mengelakkan cuaca panas melampau.

Perkara itu diramalkan badan pelancongan dan pakar berkenaan panas melampau di seluruh selatan Eropah.

Data Suruhanjaya Perjalanan Eropah (ETC) merekodkan bilangan pelancong ke Mediterranean berkurangan sebanyak 10% berbanding tahun lalu selepas kemarau dan kebakaran hutan.

Destinasi seperti Republik Czech, Denmark, Ireland dan Bulgaria menyaksikan peningkatan minat pelancongan dari seluruh dunia.

Laporan badan perdagangan itu juga melaporkan sebanyak 7.6% pengembara melihat keadaan cuaca ekstrem sebagai kebimbangan utama bagi perjalanan antara bulan Jun dan November.

(FOTO REUTERS)

Pakar meteorologi meramalkan suhu semasa di Eropah mungkin melepasi rekod 48.8 darjah Celsius (119.84 Fahrenheit), yang ditetapkan di Sicily pada Ogos 2021.

Keadaan itu menimbulkan kebimbangan dalam kalangan penduduk, jika cuaca panas melamoau menyebabkan kes kematian berulang seperti tahun lalu. - REUTERS

Media Baharu