fb fb fb fb fb

Kadar vaksinasi kanak-kanak seluruh dunia kembali meningkat

(Foto fail AFP)

GENEVA, 18 Julai- Rutin vaksinasi kanak-kanak kembali meningkat selepas jatuh mendadak semasa pandemik COVID-19.

Menurut data yang dikeluarkan pelbagai agensi kanak-kanak dan kesihatan Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB), empat juta kanak-kanak menerima vaksin rutin sepenuhnya, tahun lepas.

Menurut Pengarah Vaksin Pertubuhan Kesihatan Sedunia, Kate O'Brien, angka itu satu berita baik.

"Secara purata, kadar imunisasi dalam kalangan kanak-kanak di seluruh dunia kembali stabil ke arah mencapai sasaran yang ditetapkan sebelum wabak melanda," katanya.

(Kate O'Brien/Foto AFP)

Ketua Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), Tedros Adhanom Ghebreyesus turut bersetuju, menyifatkan data baharu tersebut sebagai "menggalakkan".-AFP

Media Baharu