(Bangunan Kementerian Luar China/Reuters)
BEIJING, 2 September- China menolak keras laporan terbaharu Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB) pada Khamis, yang menyatakan bahawa Beijing melakukan jenayah kemanusiaan di wilayah Xinjiang.
Jurucakap Kementerian Luar China, Wang Wenbin berkata laporan PBB yang menyatakan bahawa China melakukan penahanan tanpa alasan kukuh terhadap etnik Uyghur dan mendiskriminasi komuniti muslim lain adalah tidak tepat.
Wendbin dalam taklimat hariannya turut menyelar laporan tersebut menyalahi undang-undang dan tidak sah.
Katanya ia membuktikan pertubuhan itu berat sebelah dan bersekongkol dengan barat dan Amerika Syarikat.
(Wang Wenbin/Reuters)
Pesuruhjaya Tinggi Hak Asasi Manusia PBB, Michelle Bachelet mengeluarkan laporan tersebut setelah dikritik hebat beberapa diplomat dan kumpulan hak asasi manusia kerana terlalu berlembut dengan Beijing.-REUTERS