fb fb fb fb fb

China sahkan 132 penumpang terbunuh dalam insiden pesawat terhempas

BEIJING, 27 Mac- Kesemua 132 penumpang pesawat MU5735 yang terhempas di selatan China Isnin lalu, disahkan terbunuh.

Perkara itu diumumkan oleh Pihak berkuasa penerbangan awam China, malam tadi.

Timbalan Ketua Pengarah Pentadbiran Penerbangan Awam China, Hu Zhenjiang berkata identiti 120 mangsa ditentukan melalui ujian asid deoksiribonukleik (DNA).

"Kami amat berdukacita dengan nahas ini. Kami meratapi kehilangan 132 nyawa dan melahirkan rasa simpati yang mendalam kepada keluarga mangsa. Sila bangun dan berdiri dalam penghormatan senyap untuk semua mangsa," kata Hu Zhenjiang kepada media.


(FOTO REUTERS)

Susulan nahas itu, pasukan penyelamat memeriksa kawasan hutan tebal berhampiran bandar Wuzhou di wilayah Guangxi untuk mencari serpihan pesawat dan tanda-tanda mangsa terselamat.

Pasukan penyelamat sedang giat mencari kotak hitam kedua yang dapat memberikan petunjuk penting kepada punca nahas.

Data pengesanan dalam talian menunjukkan pesawat itu jatuh dengan pantas dari ketinggian kira-kira 8,900 hingga 2,400 meter dalam masa lebih seminit.

Media Baharu