fb fb fb fb fb

Bangunan usang di Yaman runtuh, tiga terbunuh, 13 lagi cedera

ADEN, 27 Mac- Sebuah bangunan usang runtuh di bandar Aden selatan Yaman pada Sabtu mengakibatkan tiga orang terbunuh manakala 13 lagi cedera.

Jurucakap kerajaan berkata lebih 10 penduduk lagi dipercayai terperangkap di bawah sisa runtuhan bangunan.

Menurut saksi, orang awam turut membantu pasukan penyelamat mengeluarkan penduduk yang terperangkap.

Aden yang dihimpit perang berpanjangan, menempatkan ribuan bangunan besar dan usang hingga menjejaskan infrastruktur dan perkhidmatan awam di bandar berkenaan.

Ia juga menjadi pusat pentadbiran kerajaan yang diiktiraf pihak antarabangsa setelah berpindah dari Sanaa pada 2014.


(FOTO AFP)

Media Baharu