(Orang ramai melarikan diri dari Ukraine/AFP)
OTTAWA, 27 Mac - Kanada dan Suruhanjaya Eropah mengumumkan rancangan untuk mengumpul dana bagi membantu pelarian Ukraine.
Satu persidangan negara penderma dijadual berlangsung pada 9 April.
Kedua-dua pihak dalam kenyataan bersama memaklumkan, kempen kutipan derma dengan kerjasama NGO Global Citizen itu akan berusaha mendapatkan pembiayaan untuk menyokong misi kemanusiaan di Ukraine dan negara jiran.
(Sekolah musnah akibat serangan udara Rusia/AFP)
Dianggarkan hampir 3.8 juta orang telah melarikan diri dari Ukraine sejak pencerobohan Rusia.
Manakala, kira-kira 6.5 juta lagi hilang tempat tinggal.-AFP