fb fb fb fb fb

China rekod kes pertama cacar monyet

(Imej diambil menggunakan mikroskop elektron
oleh Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC) menunjukkan virus cacar monyet yang matang
berbentuk bujur (kiri) dan virus belum matang berbentuk bukat (kanan)
pada sampel kulit manusia/FOTO AFP)

BEIJING, 17 September - China merekodkan kes pertama cacar monyet membabitkan seorang pengembara yang bergejala ketika menjalani kuarantin COVID-19, menurut pihak berkuasa kesihatan Chongqing, semalam.

Suruhanjaya Kesihatan dalam satu laporan berkata, individu terbabit didiagnosis selepas mengalami gejala termasuk ruam kulit.

Pesakit cacar monyet itu dikategorikan kes sebagai jangkitan import.

Di bawah strategi 'Sifar COVID-19', China mewajibkan pelawat yang memasuki negara itu mesti melengkapkan pengasingan antara satu hingga dua minggu ketika ketibaan.

Susulan pesakit diasingkan serta-merta apabila memasuki bandar, tiada kesan penularan sosial dan risiko penularan adalah rendah.

(FOTO fail REUTERS)

Pada minggu lalu, Hong Kong merekodkan kes pertama cacar monyet membabitkan seorang pengembara lelaki berusia 30 tahun yang menunjukkan simptom ketika menjalani tempoh kuarantin COVID-19 tiga hari di bandar itu.

Menurut pegawai kesihatan, pesakit cacar monyet itu tiada kontak dengan masyarakat dan diklasifikasikan sebagai kes import yang mengatakan risiko untuk penduduk Hong Kong dijangkiti virus itu adalah sangat rendah - AFP

Media Baharu