fb fb fb fb fb

Israel lulus pelan ambil alih sepenuhnya Gaza

Kabinet keselamatan Israel lulus pelan ambil alih Gaza. - Foto AFP

TEL AVIV, 8 Ogos - Israel memang angkuh dan kejam!

Selepas tidak ambil pusing tekanan global agar menghentikan genosid di Gaza, Kabinet keselamatan rejim hari ini meluluskan pelan 'penjajahan penuh' wilayah itu.

Cadangan dan pelan yang dikemukan Benjamin Netanyahu itu membolehkan tentera rejim mengambil alih secara sepenuhnya kawalan ke atas Gaza.

Sikap buruk itu jelas mencabuli hak asasi manusia dan kedaulatan rakyat Palestin.

Pelan berkenaan adalah sebahagian daripada strategi kononya untuk 'menewaskan' Hamas.

Kelulusan itu diumumkan ketika konflik memasuki tahun kedua seterusnya meminggirkan peningkatan tekanan antarabangsa dan desakan gencatan senjata bagi mengelakkan krisis berpanjangan.

Sebaliknya mahu mewujudkan 'kawasan keselamatan' dan menyerahkan pentadbiran wilayah itu kepada 'kuasa Arab'. - AFP

KHAIRUL AMRI BIN YASIN