fb fb fb fb fb

Canyon Fire musnahkan lebih 1,000 ekar di California

Foto Reuters

CALIFORNIA, 8 Ogos- Pesawat pemadam kebakaran dikerahkan bagi memadam kebakaran hutan belukar yang marak di Ventura County, California pada Khamis.

Menurut pegawai Ventura County, kebakaran yang dinamakan Canyon Fire itu tercetus pada petang Khamis dan sehingga kini telah memusnahkan kira-kira 1,051 ekar kawasan, dengan tahap kawalan masih 0 peratus.

Media tempatan melaporkan, arahan pemindahan telah dikeluarkan bagi beberapa kawasan di Los Angeles County termasuk Val Verde dan Oak Canyon.

Sementara itu, kawasan berhampiran Hasley dan Romero berada dalam status amaran pemindahan. -REUTERS

MUHAMMAD AFIF FARHAN BIN AHMAD HISHAM