fb fb fb fb fb

Kerajaan tentera Sudan setuju serah pada pemimpin politik pilih ketua negara

(Komander separa tentera, Mohamed Hamdan Daglo/ REUTERS)

KHARTOUM, 17 September - Kerajaan tentera Sudan bersetuju menyerahkan kepada pemimpin-pemimpin politik untuk memilih ketua negara dan perdana menteri yang baharu.

Pengumuman dibuat komander separa tentera, Mohamed Hamdan Daglo selepas pertemuan dengan pemimpin junta, Abdel Fattah al-Burhan yang mengetuai rampasan kuasa tentera tahun lalu.

Menurutnya, pihak tentera bersedia kembali menjalankan tugas mereka seperti yang ditetapkan dalam perlembagaan dan undang-undang negara selepas pemilihan dibuat.


(Foto fail/ AFP)

Beliau bagaimanapun tidak memberi tarikh; kuasa dikembalikan kepada pentadbiran awam.

"Kami memperbaharui komitmen kami sebelum ini untuk institusi ketenteraan keluar dari kuasa dan menyerahkan tadbir urus kepada orang awam," kata Daglo, juga dikenali sebagai Hemeti, di Twitter.

Sudan telah digegarkan oleh kegawatan sejak Burhan mengetuai rampasan kuasa tentera pada Oktober tahun lalu yang menggulingkan blok awam arus perdana itu daripada kuasa dan mencetuskan kutukan antarabangsa yang meluas. -AFP

Media Baharu