fb fb fb fb fb

10 maut akibat hujan lebat, banjir di Marche

MILAN, 17 September- Angka korban akibat hujan lebat dan banjir di wilayah tengah Itali, Marche meningkat kepada 10 orang.

Anggota penyelamat meneruskan operasi mencari dan menyelamat tiga yang masih hilang.

Banjir terburuk melanda bandar Senigallia, manakala bandar-bandar kecil di bukit berhampiran bandar pelancongan Renaissance Urbino turut dilanda banjir.

Air sungai bersama lumpur mengalir deras melalui jalan-jalan utama.

(Keadaan di salah satu kawasan yang dilanda banjir di Marche / Foto AFP)

Puluhan mangsa terpaksa melarikan diri dengan memanjat bumbung rumah dan pokok sementara menunggu diselamatkan.

Itali dilaporkan menerima hujan luar biasa sekitar 400 milimeter dalam tempoh dua hingga tiga jam.

Ia bersamaan satu per tiga berbanding jumlah hujan diterimanya dalam masa setahun. -AFP

Media Baharu