fb fb fb fb fb

China lancar roket siapkan stesen angkasa baharu

BEIJING, 5 Jun- China melancarkan roket yang membawa tiga angkasawan dalam misi menyiapkan pembinaan stesen angkasa baharunya.

Pasukan angkasawan itu berlepas pada Ahad.

Badan penyiar tempatan CCTV, memaklumkan ia adalah pencapaian terbaru dalam usaha Beijing untuk menjadi kuasa besar angkasa lepas.

Ketiga-tiga angkasawan itu berlepas dengan roket Long March-2F pada (0244 GMT) dari pusat pelancaran Jiuquan di gurun Gobi barat laut China.

Pasukan itu dijangka menghabiskan enam bulan di stesen angkasa Tiangong.

Misi kali ini turut membawa seorang kru muncul sebagai angkasawan wanita.

Liu Yang, dipilih sebagai salah seorang anak kapal untuk misi Shenzhou-14, dan memulakan latihannya untuk pembinaan stesen angkasa China pada 2019.

Liu kini ibu kepada dua orang anak, turut mendapat permintaan khas daripada anak-anaknya iaitu untuk mengambil lebih banyak gambar di angkasa.

"Anak perempuan dan anak lelaki saya mahu saya mengambil lebih banyak gambar di angkasa dan berkongsi pemandangan indah alam semesta dengan rakan sekelas mereka. Saya juga mempunyai banyak harapan untuk anak-anak saya yang akan saya doakan kepada bintang-bintang sepanjang 183 hari saya di angkasa," dia berkata.

"Saya boleh melakukannya. Anak-anak saya berharap pada saya."- REUTERS

 


FOTO REUTERS

Media Baharu