ALGIERS, 5 Jun – Dua lelaki ditemui mati dalam pesawat Air Algerie yang ditempatkan di Lapangan Terbang Antarabangsa Algiers pada Sabtu, kata polis Algeria.
"Dua mayat lelaki tidak bernyawa masing-masing berusia 20 dan 23 tahun itu ditemui jam 5 pagi waktu tempatan dalam dalam pesawat milik syarikat penerbangan Air Algerie milik kerajaan, yang berada di landasan," kata Direktorat Keselamatan Negara Algeria dalam satu kenyataan.
Tambah kenyataan itu, siasatan telah dibuka untuk mencari punca dan dari mana datangnya serta tujuan pesawat tersebut.
Menurut media Algeria, kedua-dua mangsa dipercayai menyelinap masuk ke dalam pesawat untuk sampai ke Eropah secara haram.
(FOTO hiasan)
Media tempatan melaporkan, pesawat itu terbang dari Algiers ke Barcelona dan kemudian ke Dubai pada hari Jumaat.
Namun mayat itu ditemui semasa pesawat itu kembali ke Algeria.
Pada bulan Mac, seorang remaja berusia 16 tahun berjaya masuk ke dalam bagasi pesawat Air Algerie di lapangan terbang Constantine dan selamat sampai ke Perancis, lapor media Algeria. - AFP