fb fb fb fb fb

China kurangkan kadar faedah utama, tingkatkan kadar ekonomi

Foto hiasan

BEIJING, 25 September- Bank pusat China akan mengurangkan satu lagi kadar faedah utama, sehari selepas ia mendedahkan langkah baharu yang bertujuan untuk meningkatkan ekonominya yang lemah.

Kemudahan pinjaman jangka sederhana dikurangkan daripada 2.3 peratus kepada 2.0 peratus, kata People's Bank of China dalam satu kenyataan di laman webnya.

Kadar itu kali terakhir diturunkan pada Julai.

Ekonomi kedua terbesar di dunia itu masih belum mencapai pemulihan pasca-pandemik dan kerajaan telah menetapkan matlamat pertumbuhan lima peratus pada 2024.

Gabenor Bank Pusat China Pan Gongsheng dalam sidang akhbar memaklumkan bank itu akan memperkenalkan satu siri langkah untuk meningkatkan pertumbuhan untuk "menggalakkan pengembangan penggunaan dan pelaburan".

Antara langkah itu ialah pengurangan jumlah wang tunai yang mesti disimpan oleh bank dalam rizab dan penurunan kadar faedah bagi peminjam sedia ada.- AFP

MOHD FIRDAUS BIN RUSLI