fb fb fb fb fb

COVID-19: China gesa warga emas suntik vaksin

FOTO REUTERS

(FOTO REUTERS)

BEIJING, 19 Mac- Warga emas di China digesa mendapatkan suntikan vaksin COVID-19 berikutan peningkatan kes kematian golongan itu akibat varian Omicron.

Timbalan Pengarah Suruhanjaya Kesihatan Kebangsaan (NHC), Wang Hesheng, dalam taklimat medianya berkata, mereka perlu mengambil iktibar dan pengajaran daripada gelombang terbaharu jangkitan COVID-19 yang melanda Hong Kong.

"Wabak COVID-19 di Hong Kong adalah pengajaran sangat besar bagi kita, ia adalah contoh jika kadar vaksinasi untuk warga tua rendah, kadar kes yang teruk dan kematian akan menjadi tinggi.

"Kita tidak boleh menyesal apabila sudah terlambat.

"Hanya 19.7 peratus daripada individu berumur lebih 80 tahun di China menerima dos penggalak vaksin COVID-19 setakat Khamis lalu, dan hanya 50.7 peratus daripada kumpulan umur itu melengkapkan dua dos vaksinasi," katanya.

Sementara itu, seorang lagi Timbalan Pengarah Suruhanjaya Kesihatan Kebangsaan (NHC), Zeng Yixin, pula menjelaskan bahawa negara itu tidak akan segera meninggalkan dasar ' atau melonggarkan keperluan kuarantin selama berminggu-minggu bagi kebanyakan pelancong antarabangsa.

"Langkah ketat ini telah membantu tanah besar China mengekalkan jumlah kematian rasminya yang sebahagian besarnya statik sejak 2020, dengan hanya dua kematian dilaporkan pada 2021 dan tiada satu pun setakat tahun ini," katanya.

Yixin berkata, 56.4 peratus penduduk di tanah besar berumur 60 hingga 69 tahun menerima dos penggalak manakala angka itu menurun kepada 48.4 peratus bagi mereka yang berumur 70 hingga 79 tahun.

(Seorang wanita warga emas menerima dos vaksin Sinovac COVID-19, di pusat vaksin komuniti,
di Hong Kong, China, 25 Februari 2022/FOTO REUTERS)

Katanya, masih terdapat 52 juta orang berusia lebih 60 tahun yang belum melengkapkan vaksinasi dos pertama dan kedua.

Untuk rekod, Hong Kong melaksanakan 'pelepasan dinamik' yang bertujuan untuk membendung setiap serangan dengan cepat yang dikenali dengan kepadatan penduduknya mencatatkan kematian terbanyak bagi setiap juta orang di seluruh dunia dalam beberapa minggu kebelakangan ini.

Ia 24 kali ganda lebih tinggi berbanding Singapura, disebabkan sebahagian besar warga emasnya yang tidak divaksinasi dan susulan varian Omicron yang sangat mudah berjangkit dengan virus itu merebak melalui rumah jagaan orang tua. REUTERS



Media Baharu