BANGKOK, 19 Mac - Ujian pra-perjalanan COVID-19 bagi pelancong antarabangsa yang memasuki negara Thailand akan dibatalkan bermula 1 April ini, kata Jurucakap Pusat Pentadbiran Situasi COVID-19, Dr Taweesin Visanuyothin.
Menurut Visanuyothin, kelonggaran itu tertakluk buat pelancong di bawah Program "Test Go", "Sandbox" dan Kuarantin Alternatif (AQ).
"Ini bermakna, pelancong ke Thailand tidak lagi perlu mengambil ujian COVID-19 sebelum menaiki penerbangan.
"Langkah yang diumumkan (semalam) adalah sebahagian daripada usaha kerajaan negara itu untuk merangsang sektor pelancongan yang terjejas teruk akibat pandemik COVID-19," katanya.
Katanya lagi peraturan bagi keputusan negatif ujian COVID-19 dalam masa 72 jam perjalanan ke Thailand akan ditarik balik.
Sehingga kini, Thailand merekodkan sekitar 25,000 kes baharu COVID-19 setiap hari.
Thailand kini melaporkan sekitar 25,000 kes baharu COVID-19 setiap hari, sedang varian Omicron merebak di merata negara itu.
Namun, kerajaan negara itu berharap keadaan akan bertambah baik untuk mereka beralih kepada fasa "pasca pandemik" mulai Julai ini. - AFP