(Pelarian di hadapan konsulat Ukraine di Warszawa, Poland 10 Mac 2022?FOTO FAIL REUTERS)
STOCKHOLM, 19 Mac- Pusat Pencegahan dan Kawalan Penyakit Eropah (ECDC) mengesyorkan supaya pelarian Ukraine diberi ujian COVID-19 dan vaksin percuma bagi mengelak wabak kerana lebih tiga juta rakyat negara itu meninggalkan tanah air mereka yang dilanda perang.
Penyakit berjangkit dan konflik selalunya berjalan seiring, dan risiko jangkitan merebak boleh diburukkan lagi kerana kadar vaksinasi COVID di Ukraine secara keseluruhannya rendah pada 35 peratus berbanding sebanyak 71.7 peratus purata negara lain dalam Kesatuan Eropah (EU).
Menurut ECDC, mereka yang melarikan diri dari negara itu harus ditawarkan vaksin COVID-19 dan dos penggalak, jika mereka tidak mempunyai bukti telah divaksinasi sebelumnya, terutama golongan yang berisiko lebih besar untuk dijangkiti COVID-19.
Penduduk Ukraine berpindah menyelamatkan diri ke negara berhampiran seperti Poland, Slovakia, Romania manakala ada juga yang bergerak lebih jauh ke barat untuk melarikan diri daripada pencerobohan Russia.
(Seorang wanita menangis di sebelah anak-anaknya selepas melarikan diri daripada pencerobohan Rusia ke atas Ukraine,
di persimpangan sempadan di Siret, Romania/FOTO REUTERS)
"Pusat penerimaan pelarian dikenaul pasti berisiko lebih besar untuk wabak penyakit di beberapa negara perlu membuat ujian di pusat tersebut, dan cuba mengasingkan mereka yang menunjukkan gejala.
"Ujian saringan COVID-19 dan vaksinasi perlu disediakan di pusat berkenaan dan cuba mengasingkan mereka yang menunjukkan gejala," kata ECDC
Peningkatan kes jangkitan COVID-19 di seluruh dunia menandakan masalah lebih besar kerana beberapa negara juga melaporkan penurunan kadar ujian saringan, kata Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) sebelum ini. - REUTERS