BEIJING, 16 Disember - China mendesak Perdana Menteri Jepun, Sanae Takaichi menarik semula kenyataan dan sokongan beliau ke atas Taiwan.
Terdahulu, Takaichi menyatakan sebarang serangan ke atas negara kepulauan itu boleh dianggap sebagai ancaman langsung kepada Tokyo.
Jurucakap Kementerian Luar China, Guo Jiakun berkata,Taipei merupakan sebahagian daripada wilayah China.
Susulan itu, Jepun tidak berhak untuk campur tangan sebarang urusan Beijing - Taipei.
Jelas Jiakun lagi, apa sahaja konflik antara kedua-dua negara tersebut akan diurus oleh China sendiri.
Hubungan diplomatik antara Beijing-Tokyo berada pada tahap terendah dalam beberapa tahun ini.
Keadaan bertambah buruk susulan kenyataan Takaichi tersebut.-Reuters