fb fb fb fb fb

CEO McDonald akui pasaran di Asia Barat alami impak boikot

FOTO REUTERS

BENGALURU, 5 Januari- Ketua Pegawai Eksekutif McDonald Chris Kempczinski berkata beberapa pasaran di Asia Barat mengalami impak perniagaan disebabkan konflik serta 'maklumat salah' berkaitan tentang jenama itu.

Rangkaian makanan segera barat utama termasuk McDonald's telah dilanda kempen boikot yang sebahagian besarnya berhubung serangan tentera rejim Israel di Semenanjung Gaza sejak 7 Oktober lalu.

Jenama barat menerima kesan di Mesir dan Jordan dan terdapat tanda-tanda kempen itu merebak di beberapa wilayah Arab lain seperti Kuwait dan Maghribi.

Beberapa syarikat yang dikenakan boikot tersebut dianggap telah mengambil sikap pro-Israel, dan didakwa mempunyai hubungan kewangan dengan Zionis.-REUTERS

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE