fb fb fb fb fb

South Carolina dilanda 'ribut ganas', hujan batu

Tangkap layar hujan batu di Rock Hill, South Carolina oleh Kasandra Hegwood via Spectee/Reuters

SOUTH CAROLINA, 21 April- Ribut yang kuat berserta hujan batu bersaiz 'bola golf' melanda bandar Rock Hill di sini, Amerika Syarikat, semalam.

Cuaca buruk tersebut turut menyebabkan kerosakan harta benda, namun tiada laporan kecederaan atau kehilangan nyawa setakat ini.

Dalam kejadian itu, penduduk di kawasan berkenaan juga mengalami masalah gangguan elektrik apabila ribuan rumah terputus bekalan.

Terdahulu, Pejabat Syerif Daerah York County mengeluarkan amaran ribut petir yang teruk di bahagian negeri terbabit hingga boleh membawa ancaman pokok tumbang dan bekalan elektrik. -Reuters

SITI AISHAH MD ISA