fb fb fb fb fb

Israel serang sebuah umah di selatan Lubnan, tiga tentera Hezbollah maut

FOTO REUTERS

BEIRUT, 21 April- Tiga tentera Hezbollah terbunuh dalam serangan Israel ke atas sebuah rumah di selatan Lubnan, pada Sabtu.

Sumber yang rapat dengan kumpulan itu memberitahu AFP sebelum ini tiga pejuang Hezbollah terbunuh dan dua lagi cedera parah dalam serangan udara Israel ke atas sebuah rumah di kawasan Al-Jebbayn.

Hezbollah kemudian mengesahkan jumlah korban, sambil menambah bahawa ia telah menyerang dua bangunan yang digunakan oleh tentera musuh di Metula dan Shlomi di utara Israel, sebagai tindak balas kepada serangan Zionis.

Dalam kenyataan sebelum ini, Hezbollah berkata ia telah menembak beberapa sasaran Israel, termasuk tentera dan peralatan pengintip.

Dalam beberapa hari kebelakangan ini, Hezbollah telah meningkatkan serangannya terhadap kedudukan tentera Israel, dengan ketegangan di seluruh Asia Barat meningkat.

Pada 13 April, Iran, yang menyokong kedua-dua Hezbollah dan Hamas, melancarkan serangan balas menerusi dron dan peluru berpandu ke atas Israel.

Ia sebagai tindakan balas terhadap serangan udara maut 1 April yang memusnahkan bangunan konsulatnya di Damsyik.-AFP

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE