fb fb fb fb fb

Cacar Monyet: Thailand lapor kes kelima membabitkan wanita tempatan

Foto Reuters

THAILAND, 16 Ogos- Seorang wanita tempatan berusia 25 tahun disahkan pesakit terbaharu cacar monyet di Thailand, menjadikan jumlah kes setakat ini mencecah lima orang.

Wanita itu mempunyai sejarah perjalanan ke Dubai, Emiriah Arab Bersatu dan dipercayai dijangkiti sebelum tiba di negara itu.

Wanita itu mengalami gejala sebelum tiba di Thailand.

 
(Foto Bernama)

Setibanya di Lapangan Terbang Suvarnabhumi, wanita itu dikesan mengalami simptom ketara dan ruam di badannya.

Ujian makmal mengesahkan wanita itu positif cacar monyet.

Pihak berkuasa kesihatan telah mengenal pasti dua penumpang warga asing yang duduk bersebelahan wanita itu dan dikategori sebagai kontak rapat.

Pegawai kesihatan sedang mengesan penumpang itu dalam usaha membendung penularan cacar monyet.

Media Baharu