fb fb fb fb fb

Cacar Monyet: Ancaman sederhana kepada kesihatan global - WHO

(FOTO REUTERS)

GENEVA, 30 Mei - Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menganggap cacar monyet memberikan ancaman sederhana kepada kesihatan awam global selepas mengambil kira jumlah kes di negara di mana ia jarang ditemui.

WHO dalam satu kenyataan bagaimanapun tidak menolak risiko ancaman lebih tinggi kepada kesihatan awam.

(FOTO FAIL)

"Ancaman ini mungkin meningkat jika virus berkenaan mengambil kesempatan daripada kadar penularan sekarang untuk berubah menjadi patogen manusia.

"Jika ini berlaku, maka virus cacar monyet berpotensi tersebar dalam kalangan mereka yang berisiko tinggi dihidap penyakit teruk, umpamanya kanak-kanak kecil dan mereka yang lemah daya tahan penyakit," kata WHO.

Sehingga 26 Mei lalu, sebanyak 257 kes disahkan dan 120 lagi disyaki yang dilaporkan di 23 negara yang tidak pernah melaporkan kes virus berkenaan.

Kebanyakan dikesan di United Kingdom, Sepanyol dan Portugal.

WHO mengklasifikasikan kemunculan penyakit cacar monyet di beberapa negara, sebagai penularan yang tidak dapat dikesan, sejak sekian lama.-REUTERS

Media Baharu