fb fb fb fb fb

Burkina Faso luluskan undang-undang hantar tentera ke Niger

(FOTO www.newarab.com)

OUAGADOUGOU, 31 Ogos - Kerajaan Burkina Faso hari ini telah meluluskan rang undang-undang yang membenarkan penghantaran tentera ke negara jirannya Niger, yang menghadapi ancaman akibat campur tangan pihak tentera

Penghantaran tentera itu dipercayai bagi memulihkan semula pemerintahan awam berikutan rampasan kuasa.

Draf undang-undang tersebut telah diluluskan dalam mesyuarat kerajaan yang dikuasai pihak tentera Burkina Faso, menurut satu kenyataan.

Kenyataan itu Ia tidak memperincikan butiran berkaitan penempatan pasukan itu tetapi telah ditentukan melalui persetujuan bersama antara kedua-dua negara.

Menerusi kenyataan itu, Menteri Pertahanan Burkina Faso, Kassoum Coulibaly berkata situasi politik yang tidak stabil di Niger turut memberi kesan kepada negara itu.

“Apa yang menjejaskan keselamatan di Niger secara asasnya menjejaskan keselamatan di Burkina Faso,”katanya.

Coulibaly turut menjelaskan penghantaran tentera ke Niger merupakan kesinambungan kepada perjuangan menetang keganasan.

Tambah Coulibaly, rang undang-undang itu akan dikemukakan kepada badan perundangan peralihan negara itu secepat mungkin bagi mendapatkan kelulusan.

Julai lalu,Presiden Niger yang dipilih secara demokrasi, Mohamed Bazoum, telah digulingkan oleh pasukan tentera negara itu.

Tindakan pasukan tentera itu kemudiannya mendapat sokongan beberapa negara jiran seperti Mali dan Burkina Faso yang turut menyaksikan Presiden negara itu, Paul-Henri Damiba melarikan diri selepas digulingkan oleh pihak tentera.

Sebelum ini, Blok Afrika Barat ,ECOWAS memberi amaran untuk campur tangan secara ketenteraan sekiranya usaha diplomatik bagi mengembalikan Bazoum kepada kuasa gagal.

Junta tentera di Mali dan Burkina Faso berkata sebarang langkah ketenteraan di rantau berkenaan bakal mengakibatkan meletusnya perang di Sahel.

Pemimpin Niger yang baharu dilantik, Jeneral Abdourahamane Tiani, minggu lalu menandatangani dekri yang memberi kuasa kepada pasukan negara itu untuk campur tangan sekiranya berlaku pencerobohan ketenteraan atau ketidakstabilan di negara berkenaan.

Ketiga-tiga negara Sahel itu telah bergelut menentang kempen jihad yang dilancarkan di utara Mali pada 2012 yang kemudiannya merebak ke Niger dan Burkina Faso.

Sejak itu, beribu-ribu orang awam, polis dan tentera telah terbunuh dalam konflik berkenaan.-AFP


(FOTO AFP)

Media Baharu