fb fb fb fb fb

Bunuh 14 pelajar dan tiga kakitangan sekolah, pemuda terlepas hukuman mati

(Nikolas Cruz yang menembak mati 17 orang di
sekolah di Florida pada Februari 2018/FOTO REUTERS)

FLORIDA, 11 November - Seorang pemuda yang membunuh 14 pelajar dan tiga kakitangan di Marjory Stoneman Douglas High School di Parkland, Florida pada Februari 2018 lalu, dijatuhi hukuman penjara seumur hidup.

Juri Amerika Syarikat (AS) menolak hukuman mati terhadap Nikolas Cruz berusia 24 tahun pada Oktober lalu.

Para juri bersetuju menukar hukuman terhadap Cruz dari hukuman mati kepada penjara seumur hidup tanpa kemungkinan mendapat sebarang parol.

Dalam perbincangan kes tersebut, seorang atau lebih daripada 12 juri berkenaan mendapati pemuda tersebut tidak wajar menerima hukuman itu.

(Nikolas Cruz (tengah) di Mahkamah Daerah Broward County, Fort Lauderdale/FOTO REUTERS)

Cruz tahun lalu membuat pengakuan bersalah atas pembunuhan dilakukannya pada 14 Februari 2018.

Ketika kejadian, Cruz baru berusia 19 tahun dengan melakukan pembunuhan dan menyerang pelajar dan kakitangan Sekolah Tinggi Marjory Stoneman Douglas, selepas dia dibuang dari sekolah berkenaan.

Sebahagian mangsa yang terselamat membuat gerakan dan menggesa pihak kerajaan mengetatkan undang-undang penggunaan senjata api, yang dikaitkan dengan pemilikan senjata api yang mudah sehingga menyebabkan insiden tembakan rambang sering berlaku. - REUTERS

Media Baharu