fb fb fb fb fb

Brazil perketat kemasukan pendatang

Brazil perketatkan kemaskan pendatang ke negara berkenaan selepas ramai pendatang menjadikannya sebagai hentian sebelum ke Amerika Utara/Foto REUTERS

BRASILIA, 22 Ogos-Brazil bakal memperketatkan peraturan kemasukan pendatang asing tanpa visa ke negara berkenaan bermula minggu depan.

Tindakan berkenaan dilakukan selepas kerajaan negara itu melihat peningkatan kehadiran pendatang menjadikan negara tersebut sebagai hentian dalam perjalanan menuju ke Amerika Syarikat dan Kanada.

Bermula Isnin, pengembara asing tanpa visa Brazil yang sedang berhasrat untuk ke negara lain mesti sampai ke destinasi ditujui atau pulang ke negara asal masing-masing, kata Kementerian Keselamatan Awam Brazil kepada Reuters dalam satu kenyataan.

Menurut kementerian berkenaan, pengembara asing terutamanya dari Asia menjadikan Brazil sebagai persinggahan sementara bagi memohon perlindungan.

Menerusi peraturan terbaharu itu,pengembara tanpa visa negera itu tidak akan dibenarkan tinggal di negara berkenaan.

Berdasarkan laporan dan siasatan oleh pihak polis negara itu, terdapat pendatang yang meminta untuk tinggal di Brazil kerana terdapat penganiayaan dan ancaman di negara asal mereka.

Namun, setelah diberi perlindungan, para pendatang berkenaan mengembara ke Amerika Utara melalui Darien Gap yang dikenali sebagai laluan berbahaya.

“Mereka meminta perlindungan (di Brazil) sebagai jaminan,” kata sumber polis itu.

"Jika mereka ditangkap di sempadan A.S., mereka dihantar pulang ke Brazil, bukannya negara asal mereka.", tambah sumber berkenaan.

Terdahulu, sejumlah 8,300 permintaan untuk berlindung dikemukakan di lapangan terbang antarabangsa paling sibuk di Brazil dari 2023 sehingga Jun 2024.

Daripada permintaan tersebut, hanya 117 yang kekal aktif dalam sistem Imegresen kebangsaan Brazil.

"Ini bermakna 99.59% orang yang meminta perlindungan di lapangan terbang  iaitu seramai 8,210 orang sama ada telah meninggalkan negara ini atau tinggal secara tidak teratur", kata laporan berkenaan.-REUTERS

KAMARULZAMAN BIN MUHAMAD