fb fb fb fb fb

15 terbunuh kilang farmaseutikal meletup

Foto Reuters

HYDERABAD, 22 Ogos - Sekurang-kurangnya 15 terbunuh dalam kejadian letupan sebuah kilang pembuatan farmaseutikal di Andhra Pradesh, selatan India.

Kejadian pada Rabu itu turut mencederakan hampir 40 orang yang lain.

Ketua Polis Daerah, M Deepika memaklumkan operasi menyelamat sedang dijalankan.

Kebakaran berlaku pada waktu petang di unit pembuatan Escientia Advanced Sciences seluas 16 hektar yang telah beroperasi sejak 2019 di daerah Anakapalli.

Escientia bagaimanapun masih tidak mengeluarkan sebarang kenyataan mengenai kejadian itu dan punca kejadian masih disiasat.

Kejadian sama berlaku tahun lalu apabila dua orang terbunuh, manakala lima lagi cedera akibat kebakaran dalam reaktor pelarut di sebuah unit Sahithi Pharma di daerah Anakapalli.-REUTERS

MOHD KHUDZAIRI ZAINUDDIN