GAZA, 22 Ogos- Sekurang-kurangnya 40,265 orang telah terbunuh dalam serangan berterusan Israel di Palestin, setakat ini.
Kementerian Kesihatan Gaza berkata jumlah berkenaan termasuk 42 kematian dalam tempoh 24 jam lalu.
Serangan turut menyebabkan 93,144 orang mengalami kecederaan di Gaza dalam tempoh lebih 10 bulan sejak konflik Israel-Hamas bermula 7 Oktober lalu.
Sekatan berterusan Israel juga menyebabkan Palestin mengalami kekurangan keperluan asas yang teruk termasuk makanan, air bersih, ubat-ubatan dan bahan api.
Manakala sebahagian besar bangunan di Gaza berada dalam bentuk runtuhan. - AFP