fb fb fb fb fb

Brazil batal hukuman Nuzman, Cabral berhubung rasuah Olimpik Rio 2016

Foto Reuters

BRASILIA, 7 Mac- Mahkamah persekutuan Brazil pada Rabu membatalkan sabitan rasuah berkaitan Rio sebagai tuan rumah Olimpik 2016, membabitkan bekas presiden Jawatankuasa Olimpik Brazil dan bekas gabenor Rio,

Hakim mahkamah memutuskan hakim yang bertanggungjawab terhadap sabitan terdahulu, tidak mempunyai kecekapan undang-undang untuk memutuskan perkara itu.

Pada 2021, Carlos Arthur Nuzman, yang merupakan ketua Jawatankuasa Olimpik Brazil selama lebih dua dekad, dijatuhi hukuman penjara lebih 30 tahun kerana jenayah yang berkaitan dengan pembelian undi bandar itu untuk menganjurkan Sukan Olimpik 2016.

Bekas Gabenor Rio de Janeiro, Sergio Cabral juga disabitkan bersalah selama lebih 10 tahun kerana bekerjasama untuk merasuah pegawai Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC).

Hakim berkata pada Rabu, mereka mahu mendengar pihak yang terbabit, sebelum memutuskan perpindahan kes ke mahkamah lain.- REUTERS

MUHAMMAD AFIF FARHAN BIN AHMAD HISHAM