fb fb fb fb fb

Sweden, sah jadi anggota ke-32 NATO

Foto Reuters

WASHINGTON, 7 Mac- Sweden pada Khamis sah menjadi anggota ke-32 Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO).

Keputusan itu merupakan satu langkah besar yang dibuat Sweden, selepas dua abad tidak bersekutu dan dua tahun berdepan diplomasi yang menyeksakan selain tersepit dengan situasi 'berhati-hati' dengan kemarahan Rusia.

Perdana Menteri Sweden, Ulf Kristersson dalam lawatan ke Washington, di mana Setiausaha Negara Amerika Syarikat, Antony Blinken akan menerima dokumen pengesahan ratifikasi secara istiadat selepas pengundian yang sengit untuk mendapatkan lampu hijau daripada semua anggota NATO.

Kristersson berkemungkinan akan menghadiri ucapan tahunan negara kesatuan oleh Presiden Joe Biden, yang telah bergelut untuk memujuk saingan Parti Republikan untuk meluluskan bantuan baharu kepada Ukraine.

Bendera biru dan kuning emas Sweden dijangka dinaikkan pada Isnin di ibu pejabat Perikatan Perjanjian Atlantik Utara di Brussels.

Bagaimanapun, Rusia telah berikrar untuk "bertindak balas" terhadap kemasukan Sweden ke dalam NATO, terutamanya jika tentera dan aset perikatan itu ditempatkan di negara tersebut.- AFP

MUHAMMAD AFIF FARHAN BIN AHMAD HISHAM