fb fb fb fb fb

Bot terbalik di Kemboja, tiga warga China maut, lapan masih hilang

(Pelancong turun dari bot ketika tiba di pulau Koh Rong di wilayah Preah Sihanouk, Kemboja/ AFP)

SIHANOUKVILLE, 24 September - Angka kematian akibat bot yang terbalik di luar pantai Kemboja meningkat kepada tiga orang iaitu warga China pada Sabtu.

Manakala sembilan lagi diselamatkan di perairan Vietnam dan lapan masih hilang, kata pihak berkuasa Kemboja.

Bot yang membawa 41 warga China itu mengalami masalah berhampiran hab kasino Kemboja di Sihanoukville pada Khamis.

Ia membawa pendatang dari China yang telah dijanjikan pekerjaan.

Jurucakap pentadbiran wilayah Preah Sihanouk, Kheang Phearom memberitahu AFP bahawa pasukan penyelamat menemui dua lagi mayat pada hari Sabtu, menjadikan jumlah kematian kepada tiga orang.

Manakala lapan orang masih hilang, katanya.


(Gabenor wilayah Preah Sihanouk, Kuoch Chamroeun (tengah) dan Duta Besar China ke Kemboja,
Wang Wentian (kiri) melawat mangsa yang terselamat di sebuah hospital di Sihanoukville/ AFP)

Pihak berkuasa Kemboja telah menyelamatkan 21 orang pada hari Jumaat.

Sementara itu, seorang pengawal sempadan Vietnam yang bertugas di wilayah Kien Giang memberitahu AFP bahawa sebuah bot nelayan telah menyelamatkan sembilan warga China di perairan Vietnam berhampiran pulau Phu Quoc pada hari Jumaat.

Mangsa warga China yang terselamat daripada tragedi tersebut dan dirawat di sebuah hospital di Sihanoukville berkata mereka tidak tahu mereka menuju ke Kemboja, sambil menambah bahawa telefon bimbit mereka telah dirampas. -AFP

Media Baharu