fb fb fb fb fb

89 orang maut dalam tragedi bot pendatang Lubnan karam di luar pantai Syria

(Orang ramai mengarak jenazah mangsa tragedi bot pendatang karam di pantai Syria
semasa pengebumiannya di bandar pelabuhan utara Lubnan, Tripoli/ AFP)

DAMASCUS, 24 September - Sejumlah 89 mayat telah ditemui apabila sebuah bot yang membawa pendatang dari Lubnan, karam di luar pantai Syria, kata media kerajaan Syria pada Sabtu.

Tentera Lubnan berkata ia menahan seorang penyeludup yang disyaki pada salah satu kapal yang karam baru-baru ini di timur Mediterranean.

Pesuruhjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNHCR), Filippo Grandi menyebutnya sebagai 'tragedi yang menyayat hati'.

Sekurang-kurangnya 14 orang yang diselamatkan sedang dirawat di hospital di Syria manakala enam lagi dibenarkan keluar, ketika usaha mencari diteruskan dengan beberapa orang masih hilang sejak bot itu karam pada Khamis.


(Orang ramai mengarak jenazah mangsa tragedi bot pendatang karam di pantai Syria
semasa pengebumiannya di bandar pelabuhan utara Lubnan, Tripoli/ AFP)

“Terdapat 89 mangsa, manakala 14 orang sedang menerima rawatan di Hospital Al-Basel, dua daripadanya dalam rawatan rapi,” lapor agensi berita rasmi Syria, SANA, memetik kata Iskandar Ammar, seorang pegawai hospital.

Tentera Lubnan berkata ia menahan seorang lelaki Lubnan yang mengakui mengadakan operasi penyeludupan baru-baru ini dari Lubnan ke Itali melalui laut.

Lubnan, sebuah negara yang menempatkan lebih sejuta pelarian daripada perang saudara Syria, sejak tahun 2019 telah terperangkap dalam krisis kewangan yang dicap oleh Bank Dunia sebagai salah satu yang terburuk pada zaman moden.

Ia menjadi punca berlakunya penghijrahan secara haram, dengan warganya sendiri menyertai pelarian Syria dan Palestin. -AFP

Media Baharu