fb fb fb fb fb

Beribu-ribu aktivis muda berhimpun di New York, protes perubahan iklim

(Ribuan penunjuk perasaan berarak sebagai tanda memprotes perubahan iklim di New York/ REUTERS)

NEW YORK, 24 September - Beribu-ribu aktivis muda berhimpun untuk memprotes perubahan iklim di New York pada hari Jumaat dan bertepatan dengan pertemuan para pemimpin global di New York City pada Perhimpunan Agung PBB minggu ini.

Protes serupa juga sedang dianjurkan dari New Zealand dan Jepun ke Jerman dan Republik Demokratik Congo untuk menuntut negara kaya membayar kerosakan akibat pemanasan global terhadap golongan miskin.

Protes itu berlaku enam minggu sebelum sidang kemuncak iklim PBB tahun ini, yang dikenali sebagai COP27, di mana negara-negara yang terdedah akan mendesak pampasan untuk kemusnahan berkaitan iklim kepada rumah, infrastruktur dan mata pencarian.

Demonstrasi telah dirancang di sekitar 450 lokasi di seluruh dunia oleh pergerakan belia Fridays for Future.

Sekurang-kurangnya 2,000 orang berkumpul petang Jumaat untuk perarakan di New York, melaungkan slogan seperti 'rakyat bersatu, tidak akan pernah dikalahkan' ketika mereka berarak dari Foley Square ke Manhattan.


(Ribuan penunjuk perasaan berarak sebagai tanda memprotes perubahan iklim di New York/ REUTERS)

"Kami sebenarnya tidak mempunyai masa untuk membazir sehingga meluluskan undang-undang iklim," kata aktivis iklim, Madeleine MacGillivray. "Ini adalah situasi di mana semua penyelesaian mesti berlaku serentak. Jadi konsep perjanjian ini, mencapai persetujuan, rundingan sebenarnya tidak dicapai pada kadar yang diperlukan untuk kita mempunyai iklim yang boleh didiami."

Sebelum pukul 3 petang, orang ramai mula berkumpul di Wall Streets, iaitu di hadapan patung lembu jantan terkenal yang melambangkan pasaran saham dan perniagaan yang besar.

Perarakan tersebut menarik perhatian kepada pelbagai isu global termasuk penebangan hutan Amazon.

Nemonte Nenquimo, seorang pemimpin Orang Asli dari wilayah Pastaza di Amazon Ecuador, menjelaskan kepada Reuters dalam temu bual mengenai kepentingan untuk menyertai perarakan di New York.

"Kami datang untuk menunjukkan perjuangan kami, kerana orang yang sangat penting di luar sana, seperti di New York, memahami perjuangan kami." -REUTERS

Media Baharu