fb fb fb fb fb

Bos Mafia paling digeruni berjaya diberkas semula

Foto www.foggiatoday.it

ROME, 2 Februari - Salah seorang ketua Mafia Itali yang paling kejam dan digeruni berjaya ditangkap semula di Perancis, kata pihak berkuasa kedua-dua negara pada Jumaat.

Marco Raduano yang digambarkan sebagai berbahaya oleh Interpol Eropah dan disenaraikan sebagai penjenayah paling dikehendaki dipenjarakan di Bastia yang terletak di Pulau Corsica di Perancis.

Raduano sebelum itu dilaporkan meloloskan diri daripada penjara yang mempunyai keselamatan paling ketat di Nuoro, Sardina pada Februari 2023.

Lelaki paling dikehendaki di Eropah itu dikatakan menggunakan selimut bagi memanjat dinding penjara.

Orang kanannya, Gianluigi Troiano turut ditahan berhampiran Granada di Sepanyol.

Menteri Dalam Negeri Itali, Matteo Piantedosi menyifatkan penangkapan Troiano sebagai tamparan terhadap kumpulan jenayah di negara berkenaan.

Raduano 40 merupakan ketua kepada kumpulan Gargano secara kecil-kecilan dan bergerak sebagai sindiket jenayah di Foggia, Selatan Itali dan dikenali sebagai 'Mafia Keempat'.

Dia kemudiannya telah menjalani hukuman penjara selama 24 tahun atas pelbagai kesalahan seperti menjadi ahli kumpulan jenayah, pengedaran dadah, mempunyai senjata secara tidak sah dan kesalahan jenayah lain.-AFP

KAMARULZAMAN BIN MUHAMAD